Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:-
1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2. Sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspadasetiap masa)
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuantenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supayamencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orangseronok berinteraksi dengan kita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurangsopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akantertarik kepada kita.
10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain,terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik kepangkal jalan apabila mengingati mati.
11. Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberiansalam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13. Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukansimpati dan perhatian.
14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan ataukeburukan orang lain.
16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringiperpisahan dengan doa.Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap dirikita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarangkegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiaptindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkanperasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalahmereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"