BILA AL-QURAN MULA BEBICARA Thursday, February 28, 2008 @ 10:51 PM

Salam teman2,

Dibawah ini adalah kata2 yg benar menyentakan perasaan, betul kata2 dibawah ini, sudah brp lama dia kita lupakan. Kita lebih minat pada buku-buku karangan manusia dari membaca Al-Quran, bak kata ramai orang kita, "At least aku pernah khatam", tapi tahukah kita bahawsanya mengaji Quran harus sampai ajal kita, mengaji membaca dan juga mengerti dan memahami makna-maknanya. Marilah kita luahkan slogan "Hidup Al-Quran, kamu adalah pegangan ku"

Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
Dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah..?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu Aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin
Agar engkau dianggap bertaqwa Atau
Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca bbrp halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Sgh mengasyikkan
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca
Sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV
Menonton siaran telivisyen yang bertukar ganti
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu......... Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya..... kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.....
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau sentiasa mengingat Tuhanmu

Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk duniamu

Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk akhiratmu"

Labels:

ARTICLE YANG BENAR2 BAIK UNTUK DIAMALKAN Friday, February 22, 2008 @ 1:27 AM




Salam pada blogger, sudah lama juga saya tidak update blog saya. Hari ini saya ingin kongsi artikel yang sangat berguna untuk dikongsi bersama2 blogger lain. Article dari seseorang yang amat sy sayangi & kasihi yang mendalam

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang
Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.


2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.


3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."


5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia


6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.


7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.


8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.


9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.


10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Labels:

NASIHAT YG BERNAS SEKALI - RECEIVED FROM SOMEONE SPECIAL, THANKS DEAR Wednesday, February 20, 2008 @ 8:36 PM
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:-


1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspadasetiap masa)
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuantenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supayamencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orangseronok berinteraksi dengan kita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurangsopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akantertarik kepada kita.
10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain,terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik kepangkal jalan apabila mengingati mati.
11. Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberiansalam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13. Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukansimpati dan perhatian.
14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan ataukeburukan orang lain.
16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringiperpisahan dengan doa.Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap dirikita, kita perlu Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarangkegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiaptindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkanperasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalahmereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"