KENAPA HATI KITA HITAM Thursday, February 5, 2009 @ 6:08 PM

Dosa tanpa taubat menyebabkan satu titik hitam pada hati. Hati adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu. Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu. Perkara ini jelas digambarkan dalam hadith Rasulullah bermaksud : "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." Hadith Riwayat Ibn Majah Hadith ini selari dengan firman Allah yang bermaksud : " Sebenarnya! ( Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya ) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran ( dosa ), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. " Surah Al-Mutaffifiin : 14 Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya. Allah berfirman yang bermaksud :" Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. " Surah Al-Baqarah : 74 Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak. Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut : Pertama : Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud : " Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. " Surah Az-Zumar : Ayat 22 Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ). Firman Allah bermaksud :" (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. " Surah Al-Ra'd : 28 Firman-Nya lagi bermaksud : " Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); " Surah Asy-Syu'araa' : 88 - 89 ==================================================== Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : " Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memilikimu. "
NASIHAT KEHIDUPAN Wednesday, February 4, 2009 @ 5:48 PM

Nasihat Kehidupan


1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS Gunakanlah formula 7 K


A) Ketaqwaan B) Kasih sayang C) Kesetiaan D) Komunikasi dialogis E) Keterbukaan

F) Kejujuran G) Kesabaran
TRIP TO MALACCA WITH MY FAMILY Monday, February 2, 2009 @ 10:10 PM

After a few understandin and hussle, suddenly we have decided to go Malacca for relaxing on 25 - 27 January 2009. It is a last minute trip without a coach ticket in our hand. We reached larkin at 8.00 am on sunday and we are lucky tickets to Malacca on that day still available at 9.00 a.m. We really enjoyed at Malacca cos someone that we love & miss so much also join the trip. A lots of things happy and sad happened down there. But that trip really make our love blossom and dont want to lose each other

Labels:

PUISI YG DIKARANG KHAS DARI SAHABAT WANDA Wednesday, January 14, 2009 @ 12:16 AM

Aku menunggumu ditepi pantai berpasir putih
hamparan sutra ciptaan yang maha kuasa
Aku menantimu
dalam deburan ombak dilautan biru
hentakkan jiwa gundah gulana
dan aku ikhlas berbagi untukmu sahabatku

Aku menanti jawaban pasti darimu
kenapa kau jauh berlari sahabatku
Aku rela berbagi hati karena kutahu pintu surga terbuka ramah menyambutku nanti...

kenapa kau sangsi sahabatku?

Aku rela berbagi
Aku ikhlas karena sang pencipta
mengetuk hatiku
untuk orang yang kucinta dan juga dirimu

suamiku... bujuk hatinya.. rayulah dia
itulah nyanyian cinta
dan aku rela berbagi tuk dunia akhiratku
bersama kau dan dirinya..
dihamparan hijau surga bertahta permata cinta
itulah yang DIa janjikan pada wanita dan sanggup berbagi untuk di imani...

@sweetcinta
(dedicated to my best friend "D" at singapore)

Labels:

MY BIRTHDAY Thursday, October 30, 2008 @ 1:38 AM

TODAY I REALLY FEEL HAPPY COS MY BELOVED, FAMILIES, NEPHEW & NIECES AND FRIENDS SMS WISHING MY BIRTHDAY. MY BELOVED DARLING ALSO SEND ME ECARD BIRTHDAY. I PRAY THAT WITH MY AGE ANOTHER AHEAD, I WILL BE IN GOOD HEALTH AND WEALTH, LONGEVITY, BLESSED FROM ALLAH AND TO MELLOW MY SELF. THANKS TO ALL FOR THE WISH, I REALLY APPRECIATE AND FEEL TOUCHED. I LOVE YOU ALL, MUAHHHH....

Labels:

KELUH RESAH Monday, October 20, 2008 @ 3:19 AM

Hari ini aku menjadi gelisah
Banyak perkara yg menjadi
Tanda tanya
Tapi tak tahu bgm aku ingin
Hilangkan segala ganjalan yg melanda
Dihati ini

Kenapa dgn tiba2 segala perkara
Yang tak pernah berfikir
Terlintas dihati ini dan menjadi
Semakin gelisah difikirkan

Aduh, aku naik pitam sementara
Tapi semoga soalan yg tidak
Tahu kepastian akan hilang
Dgn segeranya

Labels:

KHAS BUAT YG DISYG @ 3:17 AM

Hansakinah adalah gabungan 2 nama
Antara teruna dan dara
Yang mencintai satu sama lain
Yang tak dapat dipisahkan

Fandinashad adalah gabungan 5 nama
Antara keluarga kekasih dan saudara
Yg terlalu kasih sayang dan cinta sesama insan
Yg akan sentiasa bersama hingga kesyurga

Kalau hansakinah menjadi sepasang suami isteri
Daku berharap fandinashad tetap bersama
Kerana kasih syg dan cinta yg utuh
Hingga terbitnya sebuah keluarga
Tidak pernah terbayang oleh sesiapa

Satu sahaja daku minta
Agar gelaran Han dapat terima
Kami fandinashad seperti keluarga
Kerana Sakinah adalah nadi
Dan penyambung kasih sayang kami